SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sungai Ara, Pulau Pinang adalah sebuah sekolah yang terletak dikawasan luar Bandar. Jumlah pelajar sekarang sudah menjangkau 1420 orang murid. Sekolah ini adalah sekolah kategori ‘A’.
Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Relau, Pulau Pinang. Tarikh sekolah ini dibuka ialah Januari 1883. Sekarang usianya telah menjangkau 123 tahun. Bangunan asalnya ialah bangunan papan berbumbungkan atap dan berlantaikan simen. Tempatnya di Pekan Relau 8 batu dari Bandaraya Pulau Pinang. Sekolah ini telah didirikan semasa penjajahan Inggeris lagi. Semasa didirikan, sekolah ini mempunyai seramai 97 orang murid dan tenaga pengajarnya seramai 3 orang. Guru Besarnya yang ulung ialah Encik Darus bin Abdul Rahman. Dari tahun 1883 sehingga 1935, jumlah murid mulai meningkat iaitu seramai 206 orang murid. Sehingga sekarang Guru Besar yang telah berkhidmat di sekolah ini adalah seramai 18 orang. Bangunan asal sekolah ini telah tiada lagi.
Pada tahun 1927 tapaknya telah dipindahkan ke tempat sekarang iaitu digantikan dengan bangunan baru berhampiran pekan Sungai Ara. Pada tahun 1952 didirikan pula sebuah bangunan baru kerana bilangan murid-murid semakin bertambah. Pada tahun 1966 sebuah lagi bangunan papan ditambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 1971 sebuah bangunan dua tingkat didirikan yang mana boleh menampung 8 buah bilik darjah. Manakala bangunan yang didirikan pada tahun 1927 dan 1952 dirobohkan kerana tiada kawasan. Bangunan yang didirikan tahun 1971 dinamakan blok ‘A’.
Pada tahun 1979 sebuah lagi bangunan dua tingkat yang boleh menampung 8 buah bilik darjah didirikan dan dinamakan blok ‘B’. Pada tahun 1988, sebuah lagi bangunan dua tingkat yang boleh menampung 10 buah kelas didirikan dan dinamakan pula blok “C”.
Kini kawasan sekolah ini bertambah luas dimana ditambah pula dengan sebuah bangunan Pusat Kegiatan Guru (PKG} kawasan Bayan Lepas. Pusat Kegiatan Guru ini memberi fungsi membantu guru-guru dari segi memproses dan menghasilkan berbagai-bagai alatan bantuan mengajar dan juga menganjurkan kursus dari masa ke semasa untuk menambahkan lagi pengetahuan guru-guru. Pusat Kegiatan Guru ini juga digunakan untuk guru-guru besar kawasan barat daya dan daerah musyawarah.
saya salah seorang pelajar sksa sejak tahun 2002 hingga 2006 saya masih ingat lagi guru mathemathik saya puan ong sweati
ReplyDeleteAssalamualaikum.Nama saya Zainal Adnan Ab.Rahman.Abah saya(Cikgu Hj Ab.Rahman B.Md.Akib) pernah berkhidmat sebagai Guru Besar disekolah ini dari 1963 ke 1974.Aruah abah juga bekas Presiden Guru Guru Melayu Semenanjung Malaysia.Dulu kami sekeluarga tinggal di dlm kawasan sekolah tu..quater guru..satu je..Byk sangat kenangan semasa tinggal di Sekolah ini.Saya lahir pada tahun 1966 pun semasa tinggal dirumah tu...Saya bersekolah 1973(darjah 1) ke 1976(darjah 4)di sekolah tu sebelum ke Sekolah Sg Bakap Sbg Perai Selatan sbb abah dah pencen pada 1976.Ok..Setakat ini saja yg dpt saya ceritakan..dah lewat mlm ni...Selamat malam dan assalamualaikum semua..Handphone whats up saya 0129086387..Jika ada pertanyaan lanjut..
DeleteSuatu ketika dulu terdapat mini zoo di tengah2 kawasan sekolah ini.Kawasan belakang sekola terdapat kawasan bendang yg luas srjauh mata memandang...Cantek berbeza dari skrg yg dah terlalu developed dan conjusted pulak ...
DeleteSaya adalah mantan pelajay SKSA (sessi 1982-1984). Ketika ulantahun jubli intan saya masih di sana.
ReplyDeleteSecara tradisi pihak pengurusan sekolah akan menjemput bekas-bekas pelajar meraihkan sukan tahunan atau penyampaian hadiah bagi pelajar yang cemerlang. Dan kami akan memberi sedikit sumbangan dalam menjayakan program tersebut.
Namun sekian lama peluang tersebut demi untuk anak bangsa dan secara spesifiknya adalah untuk sekolah saya yang saya sayangi dari dulu hingga kini...
I LoVE cIKGU Thoupek
ReplyDeletesya adlh bks guru plth yg buat pbs kt sek tersebut d sya buka blog ni untk mendptkn mklumt mngnai sjrh sek ni bg mnyiapkn tgsan sya...gb kt sk sungai ara baik sngt..
ReplyDeleteSaya adalah anak jati sek keb sg ara dari 78 83..bertuah dapat sekolah di sg ara..arwah cikgu hamid,cikgu jamilah dan bekas pendidik sksa sentisa dalam ingatan
ReplyDeletesaya adalah murid thn 6 di sksa drp thn 2007-2012
ReplyDeleteSksa dihati
DeleteSaya Rohani Hassan juga warga lama SKSA 1965-1970..antara top student pd tahun2 berkenaan 😊😊😊..Allahyarhamah Norain Ismail, Osman Abd Rani,Che Maimunah Kasim...and myself..😊😊😊
Deletesaya pelajar sek keb sg ara..tahun 1 smpai tahun 6
ReplyDeleteSaya mantan SKSA (1982 - 1984). Saya rasa amat bertuah apabila dapat berguru dgn guru yg penuh dedikasi dan mempunyai jiwa pendidik yg tulen seperti arwah cikgu Abdul Hamid, cikgu yg garang seperti cikgu Rosiah, cikgu yg selalu dipermaikan oleh murid seperti arwah Cikgu Yusoff, cikgu yg selalu aktif sukan cikgu ibrahim. Dan apa yg amat berkesan dlm jiwa saya hungga kini adalah kata-kata arwah cikgu hamid menegur saya di mana ketika itu saya menjawat penolong ketua pengawas 1984,aspirasi kata- kata allahyarham yang membentuk kejayaan saya hari ini.
ReplyDeleteNama says rabia, dulu pernah menjadi guru sandaran di sksa.
ReplyDeleteCikgu hamid meninggal tahun berapa ?
Boleh hantar gambar cikgu....dia mengajar bahasa melayu kan?
Whatsapp saya 0135945450
saya mansor taha x student sksa 1966-1971.
Deletesaya x pasti cikgu hamid meninggal tahun berapa..
tapi anak dia roslan hamid batch saya..saya sekarang di kuala lumpur tapi masih punya hubungan dgn kawan kawan kat sana..kalau nak no. anak dia roslan hubungi saya 017343 7874
kepada sesiapa yg mehu lebih info mengenai SKSA boleh lah layari blog saya abahchon.blogspot
Deleterosmanhata@yahoo.com
ReplyDeleteabahchoncreation@gmail.com
Saya pun bekas pelajar sk sungai ara dr thn 1987-1992..emak saya jg tukang masak dikantin sekolah itu.. Hingga sekarang,saya msh tinggal di sungai ara & anak2 pun bersekolah disitu jg. Thn 2017 tlh melakarkan kenangan terindah apabila ank sulong saya Ayu Fatihah Yew tlh berjaya mndapat 6A dlm upsr.. Thanks a lot teacher.. U all are awesome...
ReplyDelete