Thursday, November 12, 2009

Lawatan Majlis Guru Besar Sabah (MGB)










Pada 31 hb Oktober 2009, pihak MGB Sabah telah mengadakan lawatan ke kelas Pra Sekolah di SK Sungai Ara. Guru-guru Pra Sekolah SKSA telah berjaya mengadakan majlis sambutan ini dengan sebaiknya.

Monday, October 26, 2009

Majlis Tadarus Al-Quran








Majlis Tadarus Al-Quran diadakan pada 17 Sept 2009 bertempat di tapak perhimpunan SKSA.

Aktiviti Tahun 6 (Selepas UPSR)
















Pada 15 Okt dan 16 Okt, pelajar tahun 6 SKSA telah menyertai pertandingan Bola Sepak bagi pelajar lelaki manakala Bola Jaring bagi pelajar perempuan sebagai memenuhi aktiviti selepas peperiksaan UPSR.



Pasukan Sofbol Perempuan SKSA









Bertempat di Padang SKSA, pasukan Sofbol perempuan yang baru dibentuk di bawah didikan Cikgu Ahmad Mustapha dan juga Cikgu Haji Norzaini telah berjaya menewaskan SK Alma dengan kiraan 6-4. Tahniah diucapkan kepada mereka semua.

Antara gambar-gambar menarik yang dirakamkan semasa perlawanan tersebut.

Hari Kokurikulum SKSA [ 8 Okt 2009 ]







Sekian lama blog tidak diupdate...

Hari Kokurikulum SKSA telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 8 Okt 09. Program ini turut diadakan sempena dengan jamuan Hari Raya bagi Persatuan, Kelab, dan juga Badan beruniform.

Friday, April 3, 2009

Johan Bola Sepak Zon Balik Pulau






Bertempat di Sek. Keb. Mutiara Perdana, SKSA bertemu dengan Sek. Keb. Permatang Damar Laut dalam perlawanan akhir Bola Sepak bawah 12 tahun Zon Balik Pulau. SKSA berjaya menewaskan SK Permatang Damar Laut dengan jaringan 2-1.

Sukan Tahunan SKSA 2009








Alhamdulillah, SKSA telah berjaya melaksanakan Kejohanan Olahraga & Sukaneka pada 28 Mac 2009. Kejohanan kali ini dirasmikan oleh Encik Azlan Bin Darus yang merupakan Pegawai KGSK Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya.


Pada tahun ini, Rumah Satria (Kuning) berjaya mengekalkan kejuaraan bagi 2 tahun berturut-turut.

Friday, March 27, 2009

Aktiviti Guru Lelaki 2008




Sepanjang tahun 2008, pelbagai aktiviti yang telah dilakukan bersama oleh guru lelaki SKSA. Antaranya ialah :

  • Bermain badminton di Dewan USM
  • Bowling di Kompleks Bukit Jambul @ Sunshine Square
  • Snooker (sekali je....)

Thursday, March 26, 2009













Program Mengenalpasti Bakat

Program ini diadakan setiap tahun bagi tahun 6. Ini merupakan antara aktiviti yang telah dijalankan.

Monday, March 2, 2009

Bola Baling Bawah 12 Tahun

        

        

Kejohanan Bola Baling bawah 12 tahun Zon Balik Pulau telah diadakan pada 25-26 Feb di SK Balik Pulau. SKSA telah berjaya menjadi Johan bagi Lelaki manakala Naib Johan bagi perempuan. Tahniah diucapkan!

Monday, February 23, 2009

Aktiviti Guru Lelaki SKSA 09


   
(gambar penghujung 2008) 

Antara aktiviti yang dilakukan oleh guru lelaki SKSA setiap petang....

Orientasi Tahun 1 (2009)


      


      

Alhamdulillah, setiap tahun SKSA menerima murid baru bagi tahun 1. Orientasi tahun 1 diadakan pada penghujung 2008. Antara wajah-wajah yang dapat dilihat semasa program tersebut...